PhotobucketPhotobucketPhotobucketPhotobucketPhotobucketPhotobucket

assalamualaikum

Monday, 16 July 2012

huru-hara dekat mana?

selamat malam..

ok fine, kelas matematik tiba-tiba batal..tak ada siapa pun yang baik hati nak mesej.. :( kecoh siap cepat-cepat..last-last batal..sedih ke? gembira sangat-sangat adalah...haha

boleh relax..relax lah sangat..kerja banyak gila..kehidupan di KMPh cukup-cukup sibuk..hari-hari hadap buku..hehehe..sempat je eira hadap muka buku..

tadi pergi makan, rasa macam nak pecah perut..pergi berempat, dua orang kaki kecoh, dua orang lagi pendiam..eira paling lambat siap makan, makan sambil gelak, bila nak sudah..

tiba-tiba sibuk cakap pasal negeri..asal dari mana, berapa dari sini ke sana..semua duduk discuss, semua sibuk sampuk..member satu kepala dengan eira, nama dia Ain ( roommate) tiba-tiba cakap pasal nombor kad pengenalan, alaaaa...nombor yang tengah-tengah dalam IC..contoh, kalau terengganu -11-..

minah paling banyak ketawa..dia sibuk je ketawa sampai nak pecah perut..dia cakap IC dia nombor -88- dari Jordan..kebetulan member eira, nama dia Hani (roommate) lahir di Jordan..dia cakaplah, IC dia bukan -88- tapi -99-..ain sibuk tanya area mana..tak silap eira, area Amman..

eira pun sampuk dengan mulut penuh, hani dekat Amman, ain dekat huru-hara..Maisarah, dari tadi dia asyik hadap mi sup, tiba-tiba buka mulut, HURU-HARA dekat mana? muka dia blur sangat-sangat..

apalagi. pecah perut kami ketawa..tak henti-henti..boleh pula dia buat muka bodoh sambil tanya dan tanya lagi..kasihan dia, tak biasa dengan kepala gila macam kami..(mesti roommate dia tak pernah buat lawak) cuba bayangkan, masing-masing serius..lawak gila..aduh..sakit perut eira tahan gelak..
kami masuk bilik masih dengan sisa ketawa..ain dengan hani awal-awal lagi hadap katil, eira juga yang kecoh nak pergi kelas..sempat lagi ulas balik apa yang kami sembang..memang pecah perut..lama sangat tak rasa happy..sini cuma serius dan serius..masuk bilik, mesti kecoh..

minggu terakhir sebelum Ramadan, gelaklah puas-puas..nanti bulan puasa, jangan sibuk nak anyam ketupat..belum lagi raya, ketupat dah siap anyam..

 | kehidupan perlu dihiasi dengan sedikit bahagia |

0 comments:

Jika mahu mendapatkan yang soleh, kurangkan sedikit agenda menCARI si Soleh, tetapi berusahalah menJADI yang solehah. Jika inginkan yang solehah, janganlah cerewet sangat menCARI yang solehah, tetapi berusahalah menJADI yang soleh. Bertemu yang solehah, solehahnya dia belum tentu kekal. Bertemu yang soleh, solehnya boleh berubah… kerana si solehah dan si soleh adalah insan biasa. Tetapi jika semua orang fokus kepada JADI dan bukannya CARI, maka ramailah calon, dan mudahlah sedikit kehidupan. Dan kita sendiri tidak bimbang untuk berumah tangga dengan pasangan ‘itu’ walaupun mungkin tidak 100% (30% pun belum tentu) mengenalinya. Apa yang nak dibimbangkan, kita berkahwin sebagai sebahagian daripada proses untuk MENJADI, bukan MENCARI...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...