PhotobucketPhotobucketPhotobucketPhotobucketPhotobucketPhotobucket

assalamualaikum

Thursday, 24 May 2012

Hari Belia Negara 2012

assalamualaikum..

pagi-pagi sudah cergaskan jari-jemari menaip di blog..semua orang sebaya dengan eira masing-masing sibukkan diri siapkan persiapan akhir sebelum ke matrikulasi,diploma dan juga asasi..eira? semuanya sudah siap.. alhamdulillah.. sekarang sibukkan diri dengan blog yang mungkin ditinggalkan usang sebentar sementara mengembara ke negeri orang..
sekarang semua sibuk bercakap tentang hari belia..apakah itu? hahahaha..baik media cetak mahupun media elektronik sibuk promote hari belia negara..wah, nampak macam meriah! okay,apa yang eira dengar, hari belia antara 10 acara terbesar di dunia..i'm repeat again, among the 10 largest event in the world !

eira pun belia..masih muda lagi aku! esok insyaAllah eira akan turun padang berkunjung ke sana..bertuah kan? orang lain sibuk siap-siap nak pergi matrikulasi, eira sibuk nak pergi hari belia..biarlah, bukan selalu pun..aku boleh pergi, kau boleh?

ini aktiviti akhir bersama ahli Kelab Rakan Muda Dungun untuk tahun ini eira kira..bukan apa, lepas ini memang sibuk dengan study..tak ada masa nak join apa-apa program..esok jam 8 pagi sudah mahu bergerak ke Putrajaya..alahai, memang untung nasib..JOM HEBOH berlangsung sana..

member baik eira menjerit sakan..katanya "bestlah boleh jumpa L.Joe daripada kumpulan Teen Top"

hahaha..minta maaf ye cik kak sayang...I tak tahu apa-apa langsung..siapakah mereka? pentingkah? huhuhu..okay..nanti I kirim salam.. (pandai ke jawab salam?)

okay, cukup sampai sini..nanti ada gambar eira cuba share kemudian..tak sabar nak ke sana..hehe..nak kemas-kemas baju..2 hari berkampung di Putrajaya..untunglah, hari-hari letihkan badan pergi jalan-jalan..huhu..

 | menghitung detik ke Kolej Matrikulasi Pahang |

0 comments:

Jika mahu mendapatkan yang soleh, kurangkan sedikit agenda menCARI si Soleh, tetapi berusahalah menJADI yang solehah. Jika inginkan yang solehah, janganlah cerewet sangat menCARI yang solehah, tetapi berusahalah menJADI yang soleh. Bertemu yang solehah, solehahnya dia belum tentu kekal. Bertemu yang soleh, solehnya boleh berubah… kerana si solehah dan si soleh adalah insan biasa. Tetapi jika semua orang fokus kepada JADI dan bukannya CARI, maka ramailah calon, dan mudahlah sedikit kehidupan. Dan kita sendiri tidak bimbang untuk berumah tangga dengan pasangan ‘itu’ walaupun mungkin tidak 100% (30% pun belum tentu) mengenalinya. Apa yang nak dibimbangkan, kita berkahwin sebagai sebahagian daripada proses untuk MENJADI, bukan MENCARI...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...