assalamualaikum
suramnya malam ini..tiba-tiba eira rindu akan rakan-rakan eira..sebak seketika..teman-teman satu sekolah yang setiap hari bersua muka..gaduh, masam muka, kecil hati, ketawa, luah perasaan menjadi asam garam dalam dunia 'sahabat'..
rindu sangat-sangat saat itu..sunyikan hidup tanpa kawan?semua kawan-kawan eira jauh di mata, tetapi insyaAllah tetap di hati..
kawan paling rapat dengan eira selain keluarga yang tercinta..payah nak cari sahabat tetapi mudah untuk mencari kawan yang hanya diperlukan ketika ketawa..
belum tentu ada yang mampu ganti tempat rakan-rakan sepermainan eira..jatuh rebah bersama..ketawa bersuka ria bersama..paling sukar mencari insan yang sanggup mendengar semua luahan rasa eira..
sahabat, andai engkau punya masalah, eira sanggup tadah telinga untuk dengar semua luahan yang terpendam..jangan segan..insyaAllah, eira tak akan sesekali berat hati membantu..kerana kalian telah pun ceriakan hari-hari dengan begitu sempurna..bila eira susah, alhamdulillah, masih ada insan yang sudi hulurkan telinga..pinjamkan bahu untuk eira menangis..
serius, eira terlalu rindu akan sahabat eira..sukar untuk eira jelaskan mengapa, tetapi pasti semua tahu sebabnya kerana semua manusia punya sahabat..
terlalu ramai kawan-kawan tetapi belum tentu mampu menjadi seorang sahabat..wallahualam..
| rindu kenangan terindah bersama-sama insan yang bergelar sahabat |
0 comments:
Post a Comment