PhotobucketPhotobucketPhotobucketPhotobucketPhotobucketPhotobucket

assalamualaikum

Monday 27 October 2014

Sayu di hati

Assalamualaikum. Selamat menjejakkan kaki ke bumi gambang semalam. Sedih, pilu masih bersisa dekat hati.

Cuti midsem eira janji nak mengajar anak-anak didik. Memang semangat balik nak tengok kerenah diorang. Eira hanya mampu merancang, Allah yang menentukan segalanya.

Memang kuat naluri dekat hati nak balik awal. Alasan dalam kepala cuma janji dengan abang chik sebab nak ngajar dia. Final exam dah dekat sangat ni. Nak kasi semangat sikit untuk dia teruskan perjuangan sampai ke saat akhir. Bye-bye ump, petang jumaat dah gerak naik rapid kuantan. Dalam pukul 12 tengah malam jugak baru sampai dungun. Angah jemput, then berhenti makan. Kitorang sibuk sembang benda terjadi dalam masa terdekat. Rasa macam baru 2 minggu tinggalkan dungun dah macam-macam terjadi. Ada berita happy. Ada jugak berita kematian. Innalillah. Moga tabah hadapi semua.

Even busy, entah buat apa kan, pergi jugak jenguk kawan yang sakit. Hehe. Eira happy. Sebab?? Dia sakit sebab dapat baby. Dah tua aku. Jadi mak cik lagi. Baby boy. Teruja tengok dia susukan baby. #akubilalagi

Allahu. Eira dapat panggilan daripada ayah long. Dengar aje suara dia, eira terus kelu. Kepala teringat dekat mak long. Air mata menitis. Rindu dengan senyuman dia. Tetap tersenyum even tengah sakit. Allah lebih sayangkan mak long. Allah tolong jagakan mak long untuk kami. Satu saat nanti eira pasti akan lalui jugak. Kehilangan insan tercinta. Moga kalian kuat lalui ye sayang.

Hari selasa, balik rumah su. Sepupu nak kahwin. Eira yang paling busy. Hehehehe. Penat bukan main. Anak dara tinggal berapa orang aje. Itupun yang melayan tetamu semua anak teruna. Eh, aku yang tua ke diorang makin membesar? Hahaha. Semua dah besar ye. Kakak jugak maintain kecik cenggini. Ada yang panggil eira, kakak pendek. Aiyakkk. Dulu kau kecik, sekarang semua macam zirafah.

Saat nak tinggalkan sepupu dekat rumah mak mentua dia, eira yang sebak. Dia yang kahwin, aku yang sedih. Serius, nampak mata dia berair. Aku peluk dia then cakap macam ni, 'tak aci nangis eh'. Padahal aku yang nak jatuh air mata. Cakap memang senang. Nak kahwin. Nak kahwin. Bila lalui barulah rasa perit. Nak kena adapt duduk rumah orang. Kak ya kena kuat tau. Tak nak sedih-sedih. Rindu, call aje. Amboiiiii, pandai aje aku nasihat. Time aku nanti, menangis air mata darah kut. Mama. Mama. Mama. Patutlah jodoh sampai ke hari ni tak ada lagi. Aku tak kuat.

Time nak balik, aku perasan muka cousin semua sedih. Yang kecik dulu dah besar sekarang. Semua dah larikan diri. Tinggal yang kecik-kecik yang berkepit 24 jam dengan eira. Sayu muka kena tinggal. Nanti tak adalah yang nak bagi diorang makan. Tak ada dah nak main dengan diorang. Tak ada dah suara menjerit panggil diorang makan, suruh pergi mandi, naik solat, bla bla bla.

Okay lah, last, teringat muka miqhaeil bila kitorang suruh balik. Muka merajuk. Even baru 2 tahun, dah reti rasa sedih nak tinggalkan mama. Macam mana lah sekarang bebudak tu semua. Bila lagi nak jumpa. Cuti eira paling dekat pun, cuti sem. Itu pun memang payah nak balik kampung. Anak-anak sekalian, jangan rindukan kakak tau. Kuatkan semangat. Jangan malas makan nasi. Jangat tahu nak main je tiap masa.

Monday 6 October 2014

Masalah sebutan R

Assalamualaikum. Selamat hari raya aidiladha buat semua umat Islam di dunia.

Ok. Macam pelik je tajuk entri tu kan. Apa masalahnya?

Eira rasa dalam 2 minggu ni jari sibuk je menaip dekat google pasal huruf r. Kenapakah? Actually, eira pelat r. First time aku mengaku aku pelat. Hah. Lantaklah. Macam-macam tips dapat daripada entri orang lain. Siap duduk layan youtube lagi nak practise untuk rawat sebutan r.

Petua pertama aku jumpa, benamkan muka dalam air then sebut ro ro ro banyak kali. Serius, balik rumah try buat. Tak jadi pun. Maybe sebab sekali je kut buat. Buat tapi bukan ro yang keluar, cuma angin semata. Siap abang ketuk pintu bilik air tanya kenapa. Sengih aje lah jawapannya. So, eira try buat gini, try bunyikan ro masa air paip hujan jatuh ke muka. Ala-ala benamkan muka jugak lah tu. Huhu.

Petua kedua, getarkan hujung lidah. Sorry bro and sis sekalian, bagi kami yang memang tak mampu nak sebut huruf r, memang payah nak nak getarkan hujung lidah. Ingat senang nak getarkan lidah macam youtube tu buat? Cakap memang lah senang, aku ni dah naik sakit kepala duduk practise. Naik migrain ! Tapi eira try mainkan lidah kat hujung lelangit then try bunyikan. Memang buruk tapi practise make perfect. Memang naik pekaklah budak bilik dengar aku asyik duduk sebut huruf r tak menjadi.

Ok. Ni petua masa sekolah menengah dulu. Ustaz tu tengah ceramah then bagi petua ni. Ambik daun nyior ataupun daun kelapa, then urut lidah tu. InsyaAllah menjadi. Tapi dulu aku tak buat pun, so sekarang baru nak try. Entahlah macam mana nanti.

Dari dulu lagi dah pelat sebenarnya. Aku perasan bila dua orang kawan lelaki tegur, cuba sebut balik. Aku dengan selamba sebutlah. Apa yang peliknya? Then diorang ulang balik. Dah kenapa buruk sangat bunyinya? Musykil aku kejap. Oh, aku tak boleh sebut r rupanya. Baru aku tahu. Masa tu form 2. Thank you lah ye kawan.

Teringat masa sekolah rendah dulu. Pendidikan seni. Lukiskan huruf yang anda suka. Aku lukis huruf R. Aku hias cantik-cantik. Aku pun tak sure kenapa suka sangat huruf R tu. Tapi masa tu aku tak sedar lagi aku pelat r.

Masa berlalu tapi aku buat dont know je pasal masalah sebutan r ni. Kenapa? Sebab aku orang terengganu. Cuba perhati betul-betul orang ganu cakap. Memang kebanyakkannya tak ada huruf r ataupun jadilah 'gh'. Contohnya, krismas jadi kismas. Rumah jadi ghumah. Tapi tipu pun. Aku pun sebut gitu.

Paling menyakitkan, time matrikulasi dulu. Semua orang luar yang pentingkan huruf r. Selalu kena dengan diorang. Apa dia? Kamegha? Iron wod? Ok, itu kekadang aje. Paling banyak kena sebut, bakery. Sebab sokmo pergi bakery. Bakery. Bakery. Bakery. Ada yang hentam, ada jugak yang back up.

Time jadi cikgu part time. Ini satu lagi masalah. Mengajar budak 6 tahun. Nak kena mengeja satu-satu. Ok, kita tulis nama buah. Buah strawberi. Ayooooo. Dah lah kena sebut siap kena eja lagi. Part r tu slow aje. Apa dia? Ha? Abang ngan kakak dia tolong cover. Then ada satu masa tu, diorang tanya, kak mira pelat r eh? Cuba sebut r. Ok, diorang supportive. Tak jatuhkan aku langsung. Thank you sayang.

Ini kenapa baru sekarang sibuk nak baiki huruf r?? Sebabnya, lecturer english eira suka sebut satu-satu. Mak aihhh. Naya. Nanti nak kena present kat depan. Interaction dengan someone else. Lagi satu sebabnya, my name is eira. I cant pronounce even my name. Member selalu back up bab nama nih. Malu wehhh.

Ok last, nak tanya, ada ke sesapa yang ada lagi petua nak hilangkan pelat r. Nak sebut dengan betul huruf R. Kadang aku nak muntah sakit kepala bila sokmo try sebut.

Jika mahu mendapatkan yang soleh, kurangkan sedikit agenda menCARI si Soleh, tetapi berusahalah menJADI yang solehah. Jika inginkan yang solehah, janganlah cerewet sangat menCARI yang solehah, tetapi berusahalah menJADI yang soleh. Bertemu yang solehah, solehahnya dia belum tentu kekal. Bertemu yang soleh, solehnya boleh berubah… kerana si solehah dan si soleh adalah insan biasa. Tetapi jika semua orang fokus kepada JADI dan bukannya CARI, maka ramailah calon, dan mudahlah sedikit kehidupan. Dan kita sendiri tidak bimbang untuk berumah tangga dengan pasangan ‘itu’ walaupun mungkin tidak 100% (30% pun belum tentu) mengenalinya. Apa yang nak dibimbangkan, kita berkahwin sebagai sebahagian daripada proses untuk MENJADI, bukan MENCARI...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...