PhotobucketPhotobucketPhotobucketPhotobucketPhotobucketPhotobucket

assalamualaikum

Tuesday 18 February 2014

tak suka tapi terpaksa

alhamdulillah..dah pun masuk sem dua..rasa macam sekejap je cuti..sebulan je pun kan..pejam celik pejam celik, sebulan berlalu..syukur, aku puas hati dengan cuti...banyak habiskan masa dengan masa di samping sibuk mengajar anak didik..

kelmarin dulu, sampai je dekat ump..hati dah sebak sangat..rindu nak peluk mama dengan papa..lagi sebak bila anak didik whatsapp ucap terima kasih..alhamdulillah, test math dia dapat 83%..

okay lah..back to tajuk utama..cerita sepanjang sem lepas..just nak share sikit even dah lapuk kan..

minggu study week, kami buat kerja gila..pergi jalan-jalan, hilangkan stress katanya..gap untuk paper seterusnya memang amatlah lama, so ambil kesempatan pergi tengok wayang..apakah?? eira tak minat tengok wayang..sebab nak jaga sangat hati kengkawan, jejaklah kaki ke panggung wayang dengan hati yang berat...eira ingat lagi, tajuk cerita tu, Devil's Due..sumpah memang tak sedap langsung..huhuhu..nasib agak malang..puas cuba bertahan, tapi akhirnya eira muntah..yes, MUNTAH..paling kasihan, kawan dekat sebelah..langsung tak tunjuk reaksi nak marah tapi sedaya upaya bantu eira...terima kasih SAHABAT !

bila cuti sem bermula, memang lagi syok..kawan ajak pergi tengok bola..ini satu lagi benda yang eira tak minat..dah lah tak reti mana nak beli tiket, nak masuk penuh dengan budak lelaki..tapi disebabkan teman adik untuk check mata, relakan jugak jiwa untuk bertahan tengok bola..perlawanan antara t-team dengan terengganu..abang menang 2-0..nasib baik ada jugak bola masuk gol..maaf, suara menjerit over kuat sikit sampai semua abang-abang kat situ kerling..kalah fanatic bola sepak..hahaha..
jujur, lebih baik aktiviti riadah macam tengok bola daripada tonton wayang..kalau ada yang ajak pergi tengok wayang, nak jawab apa ye?? cukuplah pengalaman tu sekali..

sem lepas banyak sangat main..first sem kan..first time jugak jadi budak degree..budak U kononnya dah matang sangat..apa-apa pun, itu pengalaman mendewasakan..

  | rindukan mama dan papa |

Jika mahu mendapatkan yang soleh, kurangkan sedikit agenda menCARI si Soleh, tetapi berusahalah menJADI yang solehah. Jika inginkan yang solehah, janganlah cerewet sangat menCARI yang solehah, tetapi berusahalah menJADI yang soleh. Bertemu yang solehah, solehahnya dia belum tentu kekal. Bertemu yang soleh, solehnya boleh berubah… kerana si solehah dan si soleh adalah insan biasa. Tetapi jika semua orang fokus kepada JADI dan bukannya CARI, maka ramailah calon, dan mudahlah sedikit kehidupan. Dan kita sendiri tidak bimbang untuk berumah tangga dengan pasangan ‘itu’ walaupun mungkin tidak 100% (30% pun belum tentu) mengenalinya. Apa yang nak dibimbangkan, kita berkahwin sebagai sebahagian daripada proses untuk MENJADI, bukan MENCARI...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...