PhotobucketPhotobucketPhotobucketPhotobucketPhotobucketPhotobucket

assalamualaikum

Saturday 21 July 2012

rumah macam taska

Salam Ramadan..

alhamdulillah, kita masih diberi peluang untuk merasai manisnya bulan ramadan..semoga ramadan kali ini mengajar erti kesabaran yang sebenar..

eira selamat sampai rumah semalam area jam 5 lebih..2 jam lebih dari bandar Kuantan ke Dungun, naik bas okay..mak teh pun datang ziarah kami satu family semalam..dapat juga eira jumpa baby izara..eiii..geram tengok..tembam sangat, alhamdulillah sihat..lupa nak ambil gambar baby.. :(
pulut durian air tangan mama memang best..mak teh yang sponsor durian..hehe..dah lama sangat tak makan durian..nak makan banyak, takut nanti semput..sabar..


hari ini, eira macam tergamam kejap..first day puasa, ramai budak-budak tinggal dekat rumah eira..memanglah selama ini ada je budak-budak yang tinggal tapi makin bertambah..yang tak pernah duduk pun datang duduk sini sekali..dah rasa macam taska..

aisya dan balqis tengah makan durian..orang lain puasa, budak bertuah ni sibuk nak makan durian..
apa-apa pun, memang eira happy gila..tak sunyilah mama kalau eira tak ada sekalipun..anak-anak, cucu-cucu ada sebagai teman..memang kecoh budak-budak asyik bercakap..macam-macam ragam..pelbagai kerenah..pusing kepala..aduhai..


ini budak yang sedang membesar depan mata kami sejak berapa hari lahir..Airiel Miqhaiel..
lenguh tangan masih terasa..dah besar ye..makin aktif..letihlah tok ma kejar nanti..tak susah jaga miqhaiel, dia tak banyak kerenah..


okaylah, miqhaiel dah sampai..semua depan mata nak capai..

 | selamat menjalani ibadah puasa |

Thursday 19 July 2012

jom balik rumah, esok!

alhamdulillah..setelah penat lelah harungi kehidupan di sini, akhirnya esok eira boleh balik rumah.. biarpun 3 hari,(actually tak cukup pun 3 hari), cukup bermakna buat diri yang kerinduan..aduhai...homesick!

awal-awal lagi tiket dah beli, takut habis..biasalah, semua orang nak balik..hehe..hmm, tiket raya entah sempat ke tidak..lepas balik dari rumah, terus nak tempah tiket raya..untung jadi budak matrikulasi, seminggu sebelum raya dah dapat melepak di rumah..tapi Ujian Pertengahan Semester sebelum raya :( untunglah raya dengan hati yang happy.. ^_^
alhamdulillah, first Ramadan bersama family tersayang..Ramadan seterusnya bersama budak-budak matrikulasi..dengar khabar, ada bazaar Ramadan di kolej..nampak macam meriah, banyak kanopi situ sini..
Salam Ramadan buat semua umat Islam sedunia..semoga Ramadan kali ini diperbanyak pahala dan kebaikan..
 | semoga dengan kehadiran Ramadan kali ini, eira akan lebih kuat |

Monday 16 July 2012

huru-hara dekat mana?

selamat malam..

ok fine, kelas matematik tiba-tiba batal..tak ada siapa pun yang baik hati nak mesej.. :( kecoh siap cepat-cepat..last-last batal..sedih ke? gembira sangat-sangat adalah...haha

boleh relax..relax lah sangat..kerja banyak gila..kehidupan di KMPh cukup-cukup sibuk..hari-hari hadap buku..hehehe..sempat je eira hadap muka buku..

tadi pergi makan, rasa macam nak pecah perut..pergi berempat, dua orang kaki kecoh, dua orang lagi pendiam..eira paling lambat siap makan, makan sambil gelak, bila nak sudah..

tiba-tiba sibuk cakap pasal negeri..asal dari mana, berapa dari sini ke sana..semua duduk discuss, semua sibuk sampuk..member satu kepala dengan eira, nama dia Ain ( roommate) tiba-tiba cakap pasal nombor kad pengenalan, alaaaa...nombor yang tengah-tengah dalam IC..contoh, kalau terengganu -11-..

minah paling banyak ketawa..dia sibuk je ketawa sampai nak pecah perut..dia cakap IC dia nombor -88- dari Jordan..kebetulan member eira, nama dia Hani (roommate) lahir di Jordan..dia cakaplah, IC dia bukan -88- tapi -99-..ain sibuk tanya area mana..tak silap eira, area Amman..

eira pun sampuk dengan mulut penuh, hani dekat Amman, ain dekat huru-hara..Maisarah, dari tadi dia asyik hadap mi sup, tiba-tiba buka mulut, HURU-HARA dekat mana? muka dia blur sangat-sangat..

apalagi. pecah perut kami ketawa..tak henti-henti..boleh pula dia buat muka bodoh sambil tanya dan tanya lagi..kasihan dia, tak biasa dengan kepala gila macam kami..(mesti roommate dia tak pernah buat lawak) cuba bayangkan, masing-masing serius..lawak gila..aduh..sakit perut eira tahan gelak..
kami masuk bilik masih dengan sisa ketawa..ain dengan hani awal-awal lagi hadap katil, eira juga yang kecoh nak pergi kelas..sempat lagi ulas balik apa yang kami sembang..memang pecah perut..lama sangat tak rasa happy..sini cuma serius dan serius..masuk bilik, mesti kecoh..

minggu terakhir sebelum Ramadan, gelaklah puas-puas..nanti bulan puasa, jangan sibuk nak anyam ketupat..belum lagi raya, ketupat dah siap anyam..

 | kehidupan perlu dihiasi dengan sedikit bahagia |

Sunday 1 July 2012

mimpi ada kebenarannya

assalamualaikum..

agak bosan kelas pendidikan Islam, suara ustaz slow sangat..eira tetap fokus biarpun benak sudah jauh menerawang di angin lalu..
entah apa yang ustaz cakap, campur-campur topiknya, tapi eira tertarik sangat bila ustaz cakap pasal mimpi..ustaz cakap mimpi itu............eira ingatkan ayat ustaz nak cakap 'mainan tidur' tapi ustaz cakap..mimpi itu ada kebenarannya..pening-pening sekejap kepalaku..alamak..so, eira start imbas kembali mimpi-mimpi lama..ada yang syok, ada yang rasa nak menangis..
Rasullullah pernah bersabda :
dalam setiap mimpi ada kebenarannya..wallahualam..
bukan mimpi semasa kita baru nak tidur, itu bukan mimpi..itu adalah lembaga yang melintasi kita..bukan juga mimpi di subuh hari, itu syaitan yang menghempap badan kita agar kita makin terlena dibuai mimpi yang entah apa-apa..


moga mimpi eira jadi kenyataan..lalala..

 | masih dibuai mimpi semalam, aku hanya insan biasa yang penuh khilaf.. maafkan aku dan terima kasih atas segalanya.. |

Jika mahu mendapatkan yang soleh, kurangkan sedikit agenda menCARI si Soleh, tetapi berusahalah menJADI yang solehah. Jika inginkan yang solehah, janganlah cerewet sangat menCARI yang solehah, tetapi berusahalah menJADI yang soleh. Bertemu yang solehah, solehahnya dia belum tentu kekal. Bertemu yang soleh, solehnya boleh berubah… kerana si solehah dan si soleh adalah insan biasa. Tetapi jika semua orang fokus kepada JADI dan bukannya CARI, maka ramailah calon, dan mudahlah sedikit kehidupan. Dan kita sendiri tidak bimbang untuk berumah tangga dengan pasangan ‘itu’ walaupun mungkin tidak 100% (30% pun belum tentu) mengenalinya. Apa yang nak dibimbangkan, kita berkahwin sebagai sebahagian daripada proses untuk MENJADI, bukan MENCARI...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...