PhotobucketPhotobucketPhotobucketPhotobucketPhotobucketPhotobucket

assalamualaikum

Wednesday 26 October 2011

saat genting dalam hidup - SPM

detik demi detik berlalu meninggalkan diri ini sendirian tanpa aku sedari saat itu kian hampir..bagaikan baru terjaga dari lena yang panjang penuh dengan mimpi indah, aku kini harus akur, SPM makin dekat..

ingin sekali aku pergi menjauh, tetapi harus aku hadapi dengan penuh tabah..SPM yang bakal menentukan arah tuju hidup ini yang mungkin baik,  mungkin aku harus tabah menghadapi dugaanNya..

sedia atau tidak, tidak perlu menjadi persoalan di sini..apa yang aku tahu, aku masih leka dengan dunia yang penuh hiburan tatkala yang lain sedang menuntut ilmu sebanyak yang mungkin..

ingin sekali diri ini menangis, takut dengan cabaran yang bakal dihadapi !

Allah s.w.t. berfirman "Sesungguhnya manusia itu dicipta sentiasa gelisah. Jika disinggung bahaya dia berkeluh kesah, Dan jika disinggung kebaikan dia kikir pula"
(Surah Al-Maarif:19-21)

eira.. WAKE UP !!! jangan mudah putus asa, jangan fikir apa yang negatif..masa masih ada, teruskan perjuangan hingga ke saat akhir..

ALLAH sentiasa akan membantu, cuma perlu sedikit usaha yang keras bersama doa..insyaAllah..Allah akan memberi sebanyak mana yang kita usahakan..

Allah s.w.t. berfirman "Wahai jiwa yang tenang tenteram ! kembalilah kepada Tuhanmu dalam keadaan redha dan diredhai, maka masuklah ke dalam golongan hamba-hambaKu. Dan masuklah ke dalam syurga"  (Surah Al-Fajr:27-30)

 
 | doakan kejayaan EIRA !! |

Jika mahu mendapatkan yang soleh, kurangkan sedikit agenda menCARI si Soleh, tetapi berusahalah menJADI yang solehah. Jika inginkan yang solehah, janganlah cerewet sangat menCARI yang solehah, tetapi berusahalah menJADI yang soleh. Bertemu yang solehah, solehahnya dia belum tentu kekal. Bertemu yang soleh, solehnya boleh berubah… kerana si solehah dan si soleh adalah insan biasa. Tetapi jika semua orang fokus kepada JADI dan bukannya CARI, maka ramailah calon, dan mudahlah sedikit kehidupan. Dan kita sendiri tidak bimbang untuk berumah tangga dengan pasangan ‘itu’ walaupun mungkin tidak 100% (30% pun belum tentu) mengenalinya. Apa yang nak dibimbangkan, kita berkahwin sebagai sebahagian daripada proses untuk MENJADI, bukan MENCARI...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...